Sunday, December 30, 2012

SELAMAT DATANG...



Disini kami menyediakan pelbagai masakan yang akan memenuhi selera anda. Antara masakan yang ada disediakan disini ialah :


  • Pelbagai masakan tempatan.

  • Pelbagai masakan Ala - Barat.

  • Pelbagai masakan Ala - Chinese. 

  •  Pelbagai minuman.


Rasai kelainan resepi rahsia turun temurun yang diinspirasikan sendiri oleh pengusaha Restoran ini. 

 
 


 

 
 

Monday, December 10, 2012

KEMUDAHAN LAIN


Kemudahan lain yang turut disediakan disini ialah kemudahan penginapan biasa atau bilik sewa biasa. Bayaran ditentukan mengikut kadar sewa dalam sehari. Anda pasti berpuas hati dengan kemudahan yang tersedia disini kerana :


  • Harga sewa yang sangat murah. Hanya RM60 bersama  percuma hidangan sarapan pagi.
  • Dilengkapi kemudahan tandas yang diselia dengan tahap kebersihan yang dijaga dari sudut kebersihan dan kekemasan yang memuaskan.
  • Memudahkan anda mendapatkan barang keperluan asas yang anda perlukan kerana kedudukan bilik sewa ini berdekatan dengan beberapa kedai yang menjual keperluan asas.




Makluman awal :
 Tempahan awal untuk bilik sewa ini boleh dibuat melalui telefon yang tertera. 

RESTORAN


Datanglah dan rasai sendiri sensasi masakan tempatan dan masakan ala-Barat yang dihidangkan di sini. Persinggahan anda disini pasti sangat berbaloi kerana anda bakal merasakan suasana tenang yang dikelilingi alam flora dan fauna yang menghijau.
Kedudukan agak strategik kerana  berhampiran kira-kira 100 meter dari pintu masuk taman mandi-manda Hot Spring Poring, Sabah.

  

Bawa bersama keluarga anda menikmati pelbagai masakan yang boleh anda rasai disini dengan harga yang berpatutan.
Anda pasti berpuas hati dengan hidangan masakan yang akan disediakan oleh tukang masak yang sangat berpengalaman disamping layanan yang sangat mesra pelanggan dari semua staff kami. 





Chef cook
Ketua Tukang Masak yang berpengalaman.



Chef cook bersama staff lelaki.





Staff Wanita.






SUASANA RESTORAN






Suasana ruang restoran disesuaikan dengan suasana keluarga. Boleh menampung sekurang-kurangnya 80 sehingga 100 pelanggan sekaligus dalam satu-satu masa. Anda juga dinyamankan dengan kemudahan penghawa dingin yang memang terdapat di dalam ruang makan disini. Antara kemudahan lain yang boleh anda dapatkan berhampiran restoran ini ialah :


  • Kemudahan panggilan telefon ring-ring kad, kod akses Dail Terus Antarabangsa alternatif yang membolehkan membuatkan panggilan ke luar negara pada kadar yang lebih menjimatkan.
  • Kemudahan tandas.
  • Kemudahan hiburan melalui televisyen yang disediakan khas untuk pelanggan yang singgah menjamu selera disini.